Coretan bertag melayu

Tips untuk kekal miskin

* Artikel menarik ini dibaca sewaktu blogwalking, lalu diterjemah dan disesuaikan untuk lebih kefahaman.

  1. Berbelanja lebih daripada yang dipunyai
    Ini adalah cara termudah untuk sesiapa sahaja menjadi miskin, tanpa mengira anda perolehi ratusan atau ribuan tiap bulan, ia masih boleh diaplikasikan.
  2. Habiskan bacaan –»

Tags: , , ,

yang sebenarnya…

jangan ditanya soalnya hati padaku..
kerna aku sendiri tak pasti jawapannya..
kerna aku merasa lelah memikirkannya..

jangan dituding segalanya padaku..
kerna bukan aku sahaja yang bersalah..
kerna kau juga bukan orang suci..
kerna satu yang dituding, empat yang kembali pada..

jangan diambil enteng kata-kataku..
walau aku kurang makan garam..
aku punya pertimbangan waras..
aku punya pengalaman luas..
aku kenal pelbagai paras..
lebih dari yang kau ketahui..

fahamilah isi hatiku..
fahamilah kata-kataku..
fahamilah apa yang kuinginkan sebenar-benarnya..

Tags: , , , ,

Padi dan lalang

“Ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk,
jangan ikut resam lalang, makin berisi makin meninggi”

Pepatah ini mengajar kita supaya jangan sombong pabila ilmu penuh di dada, ataupun pabila sudah berada. Sifat sombong dan riak itu bukanlah sifat kita, tetapi sifat Dia. Kerna Dia miliki segala-galanya. Namun nukilanku ini bukanlah berunsurkan sifat sombong itu, tetapi menjurus kepada motivasi diri untuk menjadi lebih baik. Habiskan bacaan –»

Tags: , , , ,

melayu {prolog}

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Orangnya bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Tags: ,