Coretan bertag emosi

rehat dan rawat – continued

Kau : Mat, terlalu lama rasanya ditinggalkan, sambunglah celoteh kau tentang insan sebagai perhentian hari itu..

Aku : Ya la, insan lain sebagai pengunjung, pendatang, pengguna. Panjang sebenarnya kalau nak dicelotehkan tentang insan. Sebab insan, kompleks.

Kau : Tak apa. One at a time..

Aku : Dia mendengar, menerima luahan, keluhan mahupun apa-apa cerita, tanpa prejudis..

Kau : Tanpa prejudis?

Aku : Ya, tanpa prejudis seharusnya.

Kau : Kenapa? Sedangkan prejudis memang  wujud dalam insan.. Habiskan bacaan –»

Tags: , ,

rehat dan rawat

Kau : Pernah tak terfikir hidup sebuah perhentian?

Aku : Maksud kau?

Kau : Iyalah. Contoh ya, R & R. Tapah. Restoran Sungai Buloh. Ayer Keroh…

Aku : Teruskan..

Kau : Kawasan perhentian kan seolah ada musimnya – hujan, raya, kerja, kemarau. Yang mana basah jadinya. Yang mana kembara tak putus tiba. Yang mana sunyi tak berpenghuni. Yang mana luntur warna, rekah uratnya.. Ya lah, pondok kayu kan..

Aku : Apa atau Siapa itu yang jadi musimmnya. Memang kalau raya cina, raya melayu, pantang cuti lama, sesaklah. Lalu? Habiskan bacaan –»

Tags: , ,

hikmah pengorbanan

Salam.

Belum terlambat kan tuk cerita tentang Aidiladha? Baik, layankan saja.

lembu

       Sememangnya Aidiladha dikaitkan dengan aktiviti korban atau aqiqah, sebagai memperingati kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Tak kurang juga yang menyalahkan Aidiladha sebagai punca sakit kaki, gout, dan pening kepala. Tapi coretan Aidiladha ni tak berkait dengan lembu, unta, kambing mahupun daging mereka. Sebaliknya erti sebenar pengorbanan…   Habiskan bacaan –»

Tags: , , , , , , , ,

terus

Sinar dahulu mulai terhapus
Bagai angin lalu menghembus
Lenyap harap bagaikan kabus

Sedang yang dalam terhakis, terhiris
Mengongoi, meratap, hibanya menangis
Apakah dibiar dinanahi terus
Atau diubati dengan halus

Masakan jalan selalu lurus
JalanNya akan kutelusuri terus
Kerna itu yang Dikata putus…..

Tags: , ,

insan yang tak punyai rasa syukur..

Suku empat 1997, masa-masa terakhirku di bangku sekolah rendah diluangkan dengan meminta kenalan menconteng alamat, nombor untuk berhubung serta pesan untukku. Ada satu pesan yang kuingat sampai kini. Dari seorang pekebun sekolah yang rapat denganku, pesannya berupa…

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Se-sungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

[Ibrahim : 7]

Habiskan bacaan –»

Tags: , ,