Kau : Mat, terlalu lama rasanya ditinggalkan, sambunglah celoteh kau tentang insan sebagai perhentian hari itu..

Aku : Ya la, insan lain sebagai pengunjung, pendatang, pengguna. Panjang sebenarnya kalau nak dicelotehkan tentang insan. Sebab insan, kompleks.

Kau : Tak apa. One at a time..

Aku : Dia mendengar, menerima luahan, keluhan mahupun apa-apa cerita, tanpa prejudis..

Kau : Tanpa prejudis?

Aku : Ya, tanpa prejudis seharusnya.

Kau : Kenapa? Sedangkan prejudis memang  wujud dalam insan..

Aku : Kenapa perlu prejudis? Ya, walau prejudis itu memang ada pada tiap insan, tapi, adilkah pada yang bercerita?

Kau : (menongkat dagu)

Aku : Sama seperti yang mengunjung perhentian, tujuannya tuk rehat. Bagaimana kiranya perhentian itu tak boleh diharap? Yang menjaga perhentian tak mahu melayan yang mengunjung. Atau penjagaan tempatnya teruk. Worst-case-scenario, terbatal niat pengunjung untuk berehat, lalu kemalangan.

Kau : Yang mendengar seharusnya tegar, sampai sudahnya cerita. Kalau disampuk, dipotong, kelak terpotong niatnya.

Aku : Betul, yang bercerita tak salah. Beruntung kerana yang mendengar itu adalah yang boleh diharap. Kalau tak, untuk apa dipilih?

Kau : Mungkin yang dipilih itu capaian sementara saja?

Aku : Maksudnya, “main-petik-saja”. Gitu?

Kau : Ya, asal lepas apa yang terbuku, cukuplah baginya.

Aku : Itu konsep asas – mendengar luahan, cerita, hati dan perasaan. Sekarang, kita di pihak yang mendengar, jadi dengar betul-betul. Jangan terus lompat-pada-kesimpulan.

Kau : Padaku, tak salah tuk sampuk, cuma tuk kefahaman, tuk butiran. Supaya tak ada yang tertinggal.

Aku :Betul katamu. Biarkan pencerita habiskan. Dah subuh, jom. Nanti aku sambung tindakbalas keduanya.