Salam.
Belum terlambat kan tuk cerita tentang Aidiladha? Baik, layankan saja.

Sememangnya Aidiladha dikaitkan dengan aktiviti korban atau aqiqah, sebagai memperingati kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Tak kurang juga yang menyalahkan Aidiladha sebagai punca sakit kaki, gout, dan pening kepala. Tapi coretan Aidiladha ni tak berkait dengan lembu, unta, kambing mahupun daging mereka. Sebaliknya erti sebenar pengorbanan…
Semua punya harapan, semua punya cita-cita. Yang merancang, yang merangka, yang berangan, kita. Namun yang menjayakan, yang menggagalkan, Dia. Itu hakikatnya, tak perlu disangkal, tak perlu dibetah. Kisahku? Aku juga ada angan-angan, ada impian. Harapan yang direncana tiga tahun lalu. Tapi.. Tanpa sebarang notis, harapan aku dikecewakan. 2 minggu lalu. Kenapa? Itu kena tanya Dia. Aku tak tahu. Yang kutahu, marah, dan sedih. Sangat-sangat.
Namun, bila difikirkan kembali, Dia sebenarnya sengaja berbuat demikian. Redhakan saja. Satu, memang itu telah awal-awal lagi dirancangNya. Dua, Dia mahu menduga hambaNya. Tiga, perancanganNya lebih bagus dari perancanganku. Itulah yang diertikan olehku. Kata KD, pengorbanan itu adalah belajar untuk ikhlas menerima ujian daripada Allah. Betul la. Kalau tak terima, tak redha, maksudnya tak terima rukun iman yang keenam. Jadinya? Boleh faham sendiri kan.. So, aku berhenti di sini. Sekian..
#1 by ImranAbdulJabar on Disember 11, 2009 - 12:01 pm
Quote
Qurban itu berasal dari kata dasarnya qoroba beerti dekat.
Contoh: rakan karib. karib tu dekat (qorib).
Jadi, qurban (pengorbanan) beerti perlaksanaan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah. bukan sebarang2 perlaksanaan boleh dianggap pengorbanan disisi Allah.
#2 by baltar_belum_agung on Disember 22, 2009 - 12:50 am
Quote
Qurban
Apa yg di terima Allah bukan daging qurban itu tetapi taqwa dalam hati kita,keikhlasan dan kejujuran hati kita..
Berarti apa jua pengorbanan itu tidak perlu disertakan dengan harapan untuk di balas…apa yg penting ialah berlapang dada dan ikhlas dalam amal..
Ei’dul adha cukup saja untuk menjadi muhasabah bagi hati yg tlah sedikit jauh dari hidayah-Nya..Astagfirulah..