Hampir 3 minggu aku tidak ke secoret rasa. Ini semua gara-gara (5) tugasan + (3) pembentangan + (7) laporan penuh subjek² untuk semester ini. Lebih menarik, aku menulis dalam musim peperiksaan.

Isu aku – falasi.
Falasi adalah hujah² lemah, tidak jelas, tidak kongkrit atau hujah yang berbelit-belit.
Dalam hidup kita seharian juga tidak terlepas dari falasi.

Situasi I : Seorang isteri menuduh suaminya yang pulang lewat ke rumah.

Isteri: Abang ni, asyik balik lambat je.. Mesti ada pompuan lain..
Suami: Takde la.. Abang banyak keje. Kan da bagitau dalam sms tadi.
Isteri: Ade orang bagitau saya, die nampak abang ngan pompuan mane tah.
Suami: La, da namenye pegawai perkhidmatan pelanggan. Bukannya semua pelanggan abang tu laki.

Apa hujah sang isteri itu? Ada buktikah? Reliable kah sumber bukti itu?

Situasi II : Seorang hamba Allah nak membuang hajatnya di tepi sungai kerna sudah tidak tertahan lagi. Dalam hatinya, “Takpa, tak luak pon ayaq sungai ni. Satni ‘benda’ ni masuk dalam laut, ilang la..”
Pertimbangan demikian adalah kerana akal tidak sempat menimbang kewajaran tindakan. Harap maklum.

Situasi III : Rakyat Palestin adalah pemberontak. Israel adalah pihak yang menuntut hak.

Yang di atas itu cuma beberapa contoh biasa dalam kehidupan. Lalu, apa pula tindakan, pertimbangan atau respon kita pada falasi-falasi lain yang lebih berat, yang semakin berleluasa ini..? Akal yang masih mampu merasional, pancaindera yang 5 itu yang masih boleh digunakan. Teruskan kecelaruan dunia, atau bantu mengubah keadaan. Pilihan anda.