Dalam mencari-cari idea di celahan neuron, aku teringatkan seseorang. Seorang yang kukira cukup akrab denganku. Mula mengenali beliau sewaktu sama-sama di Petaling Jaya, dan kemudian di Gombak.
Tapi itu dulu..
Atas dasar minat kepada anjuran program dan aktiviti, kami berkenalan. Minggu Suai Kenal. Fasilitator di Bukit Fraser. Debat Piala UIAM. Musabaqah Al-Quran IPT Pertama.
Dan rupanya kami sefikrah. Kami mampu berbicara, berdebat dan berkongsi pendapat dalam apa jua tajuk. Dari ketuhanan hinggalah keduniaan. Dari impian kecil hinggalah angan-angan yang setinggi awan. Debat kami tidak membawa kepada kemudaratan, permusuhan. Jauh sekali untuk bermasam muka. Orang lain hanya mampu untuk mendengar, sesekali menyampuk, dan menggelengkan kepala atas bualan kami. Kerana itu adalah kami. Bicara tanpa batas. Cuma kami tidak selalu menyentuh isu ketuhanan. Takut kelak membawa kepada kegilaan.
Pernah satu hujung minggu, kami bersantai di Starbucks BB. Cuma bermodalkan segelas cafe latte dan kotak-kotak rokok, kami berbicara seharian. Tentang manusia. Tentang kuasa goodwill. Tentang hukum alam. Dan macam-macam lagi. Sehingga barulah keduanya tersedar “eh dah malam, jom balik.”
Tapi itu dulu..
Kini,
beliau bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, membantu insan mencari tujuan hidup, meneguhkan spiritual mereka. Sedang aku, memenuhi tuntutan agama dan membantu sedaya mampuku untuk menjayakan misi kami..
Menjadikan dunia ini suatu tempat yang lebih baik untuk semua.
#1 by mira on Februari 12, 2009 - 12:24 am
Quote
semoga life ko berjalan dengan lancar..berusaha untuk kebaikan itu pun adalah satu usaha yang murni.. InsyaAllah!
#2 by anarm on Februari 13, 2009 - 11:24 am
Quote
aku kalo bab2 ketuhanan or keagamaan aku awal2 dh serender..
aku masih jahil.. tak berani nk luahkan pendapat..
psssttt.. lama gile ko lepak starbuck..
#3 by yed on Februari 13, 2009 - 12:09 pm
Quote
mira – harapannya begitu..
anarm – setakat asas tu masih mampu, tapi kalo terlalu mendalam, aku sendiri pon tak mampu.. Lepak adalah biasa. Kat hostel dulu pon kadang2 sampai subuh.. Tapi itu dulu…
Pingback: Dipetik, dan memetik..
#4 by bubble_sya on Disember 22, 2009 - 11:25 pm
Quote
semoga usaha ke arah kebaikan itu akan diberi pengakhiran yg baik dan smoga apa yg dicita2kan akan trcapai…