Sedih. Sakit hati. Marah.
Hati siapa tak tersentuh pabila mengenangkan nasib insan yang kerdil dan tak bersalah ini jadi mangsa gelojak nafsu ketamakan Israel. Sampai bila agaknya perkara ni akan berlarutan? Fikir-fikir balik, Allah telahpun mengingatkan kita, dalam firman-Nya:

Walan tardha’ ‘ankal yahuda walan nasara hatta tattabi’a millatahum…

Dan tidak sesekali Kaum Yahudi dan Nasrani itu akan redha terhadap kamu (orang-orang Islam) sehinggalah kamu mengikut telunjuk mereka… (Al-Baqarah : 120)

Ada sepetang dengan sahabat sekuliah, ujarku padanya, mereka ini takkan berhenti, takkan kenal erti penat, kerana itu sifat mereka – mahu menguasai Islam. Katanya padaku, kaum ini sudahpun mengetahui yang kelak mereka akan kalah di tangan Islam, yang mana pada masa itu, batu pun akan berkata “Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia!” Kerna itulah mereka berusaha untuk menghapuskan umat Muhammad di muka bumi ini.

Dan itulah yang sedang berlaku.
Tapi, di mana kita ketika ini?
Apa kudrat kita?
Apa usaha kita?

Kita cuma mampu boikot barangan keluaran mereka, berdoa mengharapkan pembelaan Allah SWT, dan memberikan sumbangan agar dapat mengurangkan kesengsaraan rakyat Palestin.

Di sini, ku sertakan sedikit info:
Doa Qunut Nazilah (PDF, 65.81Kb) [capaian]
Pokok yang melindungi Yahudi pada hari akhir [capaian]

Sumbangan untuk saudara-saudara kita
Tabung Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

Tabung NSTP Untuk Gaza
Maybank Malaysia Berhad: 514105320501