27 May 2010wa bil walidaini ihsana

Nak komen terus!

“dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua”

[An Nisa' : 36]

Dah maklumkan tempoh hari, aku bukan ahlinya kalau nak cerita tentang agama. Aku cuma kuat dari segi logika akal. Jadi, di sini, aku cuma cerita kalimah Tuhan di atas dari sudut aqliah.
Topik asalnya, selamat hari ibu, buah dari khairun nisah. Tapi, itu tajuk tipikal. Aku tak suka tipikal, maaf. Aku suka out-of-the-box. Ini ulasan dari aku.

Baik, dari akal yang rasional, apa salahnya berbuat baik pada orang? Orang itu pula bukan orang asing, orang yang dikenali seawal wujudnya kita di dunia ini dari benih, dan terus berkembang di dalam tempat yang paling selamat – rahimnya.

Kemudian, kenapa perlu berbuat baik padanya? Bukankah melakukan kebaikan itu sebagai tanda bersyukur, sebagai tanda menghargai. Yang perlu dihargai adalah segala yang dilakukan untuk kita. Paling tidak, kita dibawa kesana kemari dalam rahimnya untuk tempoh tiga suku tahun. Bukanlah kita ini digugurkan, lalu dibuang bagai sampah – aktiviti yang kerap didengari masakini.

Adakah cuma hari ini untuk menyambut harinya? Aku merujuk pada hari ibu, sambutan terhadap ibu-ibu serata dunia pada hari yang sama. Padaku, bila-bila pun tak mengapa. tidak perlu sambutan sebenarnya, cukup asal dia dihargai. Hari spesifik ini diadakan cuma untuk memeriahkan, serta menggembirakan para ibu, serentak. The more, the merrier, wasn’t it?

Kenapa ibu? Ibu dilebihkan dari bapa atas kapasiti keperitan yang dihadapinya. Si bapa cuma menanam benih, sedang si ibu mengendong isi dalam perut untuk purata 9 bulan. Tambah perit untuk mengeluarkan isi dari perutnya itu, dan kemudian titik peluh untuk menjadikannya manusia. Namun begitu, bapa juga harus dihargai, sebagaimana insan yang mencari rezki untuk keluarga.

Walau si ibu itu ada melakukan kesilapan, dia adalah manusia biasa, yang mana, tak terlepas dari melakukan kesilapan. Tapi, itu tak bermaksud si anak boleh menghukumnya. Tak salah untuk berbuat baik dengan menunjukkan kebaikan dan pembetulan padanya. Berbaiklah!

Ditulis oleh yed pada pukul 06:17:09 Kategori : 精神 Tanda:
Awak boleh tinggalkan komen, atau trackback dari laman awak.

Awak nak cakap apa-apa?