23 Mar 2010titik yang itu…

Nak komen terus!

titik yang mana...

Ada cerita di sebaliknya.
Pilih sendiri – dekat, jauh, umum, atau khusus. Tiap insan punya selera sendiri, tak perlu sama, juga tak perlu terlalu berbeza. Mungkin distinct daripada yang lain. Macam XFresh. Cuma, pabila telah dipilih, kunci titik itu. Agar tidak lari; mungkin subjek, atau mungkin yang mengunci itu sendiri. Supaya kelak sentiasa pada landasan yang betul. Dan, adalah lebih baik dinotakan di mana titik itu, ingatan untuk diri sendiri. Manusia itu pelupa. Melayu mudah lupa. Jadi, notakan. Dan elakkan makan semut. Boleh juga dikongsikan, kerana pandangan tidak membunuh. Walaupun ada kemungkinan untuk membunuh semangat sekiranya pandangan yang diterima pedas, tajam. Ayoh, tegaplah pada pendirianmu!

Yang mungkin mengundang masalah, titik itu terlalu jauh, sangat-sangat jauh, sehingga mengabaikan yang dekat, yang hampir. Ya, jauh itu berwawasan, namun tak cool kalau yang dekat keciciran. Tamak. Lagi satu, titik itu terlalu umum. Apa salahnya khususkan walau sedikit. Jadinya seperti titik yang banyak, bukan? Mana konsentrasinya? Tamak.

Cerita sebenarnya? Metering? Depth-of-Field? Titik fokus lah, – Center of attention. Bukan saja dalam DSLR, dalam hidup khususnya. Set your priorities straight. Kerana apalah hidup ini andai tiada hala tuju dan matlamat. Sia-sia. Kalau out of focus? Dalam imej, itu boleh dianggap seni. Seni kan abstrak. Tapi dalam hidup, itulah manusia, kekadang tergelincir dari apa yang dilakukan. Jadi, kembali fokus pabila teringat, ok.

Pos berkaitan:

  1. kembali
  2. yang punya ‘isi’
  3. Katak Oh Katak..
  4. maaf, dan lupa
  5. musibah
Ditulis oleh yed pada pukul 04:09:16 Kategori : 一般 Tanda:
Awak boleh tinggalkan komen, atau trackback dari laman awak.

2 Komen

  1. Komen si nizniz :

    kalau yg dekat itu tak sempurna…apa salahnya mengambil risiko yg jauh…

  2. Komen si Mohzam :

    Tapikan..adakalanya dari jauh nampak menarik tapi bila dah dekat…lebih tak sempuran dari yang sedia ada dekat.. :-$ :-S :-P ahh aku tak tahu apa yang aku cakap kat sini…

Awak nak cakap apa-apa?