2 Feb 2009Floorplanner

Nak komen terus!

floorplanner

Capaian ini adalah hasil perkongsian maklumat oleh anys di Forum Sifoo Dot Com tidak lama dahulu. Dan ini cuma review sepintas lalu dariku. Layankan saja.

Floorplanner.com adalah laman web yang menawarkan aplikasi interaktif untuk pelan lantai rumah. Padaku, aplikasi ini sesuai untuk semua golongan pihak samada perseorangan mahupun profesional. Aplikasi ini mampu menjana idea baru atau cadangan rekabentuk bagi pengubahsuaian sebarang kediaman mahupun susunan hiasan dalamannya.

Bagi perseorangan, aplikasi ini adalah percuma. Untuk mencuba, pendaftaran akaun adalah percuma. Dan rekabentuk yang telah siap boleh disimpan, , dicetak dikongsi atau dieksport sebagai imej sebesar 640 x 480 piksel, berformat JPEG.

Untuk golongan profesional pula, pakej yang ditawarkan adalah berharga di antara USD 27.50 dan USD 71.50 sebulan. Dan semestinya harga sedemikian datang dengan kelebihan yang tersendiri.

Go ahead, try them yourself.
www.floorplanner.com

Sekian.

Nota kaki: Review ini adalah atas dasar minat ke atas perisian

Ditulis oleh yed pada pukul 18:52:16 Kategori : Jìsuànjī Tanda:
Awak boleh tinggalkan komen, atau trackback dari laman awak.

Awak nak cakap apa-apa?