30 Apr 2009Tips untuk kekal miskin

Nak komen terus!

* Artikel menarik ini dibaca sewaktu blogwalking, lalu diterjemah dan disesuaikan untuk lebih kefahaman.

  1. Berbelanja lebih daripada yang dipunyai
    Ini adalah cara termudah untuk sesiapa sahaja menjadi miskin, tanpa mengira anda perolehi ratusan atau ribuan tiap bulan, ia masih boleh diaplikasikan.
  2. Nafsu terhadap apa yang tidak dipunyai
    Menghajati sesuatu yang lebih baik bukanlah perkara yang salah, namun bernafsu terhadapnya adalah lebih baik. Membeli aset yang anda tidak mampu, kerana anda tidak dapat menahan gelojak nafsu anda, juga merupakan cara yang terbaik untuk kekal miskin.
  3. Jangan memberi kepada sesiapa
    Kalau kita memberi, apayang kita akan dapat? Jadi, mengapa memberi? Mengapa bersedekah? Tak perlu, nanti harta sendiri yang kurang.
  4. Abaikan kemana perbelanjaanmu
    Alahai, tak perlu kisah kemana duit tu dibelanjakan. Nanti diri sendiri yang pening, serabut. Belanja ajalah!
  5. Dapatkan pinjaman untuk apa sahaja – kereta, set sofa, percutian. Mohon untuk kad kredit yang paling tinggi kadar faedahnya
    Kerana, takut nanti tak dapat apa yang kita hajati, kita juga yang kempunan. Jadi, kita harus bertindak segerae. Pinjamlah, kita tak punyai wang tunai yang banyak.
  6. Tunggu masa yang sesuai untuk menyimpan
    Tunggu. Tunggu. Tunggu lagi. Terus tunggu. Jika menabung sekarang, bagaimana mahu berbelanja kelak? Jadi, tunggu. Sabar. Usah menabung lagi.
  7. ikut majoriti/persekitaran
    Jiran sebelah beli S36 AMG baru, kenapa tidak kita? Jangan dibiarkan, kelak dikutuk, dikeji, malu sendiri.
  8. Jangan risau tentang hal remeh
    Hal remeh-temeh cumalah hal-hal kecil, yang tak penting. Tak perlu hirau. Tak apa, tak luak pun. Harus diabaikan.
  9. Laburkan wang pada perkara yang tidak diketahui tentangnya
    Broker mencadangkan anda membeli saham syarikat SiPolan, katanya prospek syarikat itu bagus. Tunggu apa lagi? Laburkannya. Kalau rugi? Tak apa, itu adat pelaburan. Laburkan lagi. Tak perlu ambil tahu, broker tahu segalanya.
  10. Bazirkan segalanya – duit, makanan, masa
    Duit boleh dicari. Bulan-bulan, gaji masuk. Bazirkan sahaja. Cukup bulan, masuk lagi.
    Makanan banyak. Malaysia adalah negara yang kaya dengan makanan. Mengapa perlu mengikat perut? Kalau dah kenyang, jangan dipaksa. Kalau tak sedap, usah ditelan.
    Kita ada 24 jam sehari. Sepertiga sudah digunakan untuk tidur. Jadi, dua pertiga lagi, luangkanlah. Seperti duit juga, cukup hari, dapat 24 jam lagi.

· Karya asal ditulis oleh Mohd Murtaza Mustafa
· Berbahasa Inggeris, bertajuk “11 Tips To Stay Poor

Ditulis oleh yed pada pukul 00:33:29 Kategori : Yībān Tanda:
Awak boleh tinggalkan komen, atau trackback dari laman awak.

10 Komen

  1. Komen si Anarm :

    terasa lak baca entri ko nih..
    aku xnk boros2 dah.. huhuu

  2. Komen si cik_kala :

    ooo anarm boros rupanya….kesian suraya kena tunggu lama pinangan ko sebab lom cukup2 duit… hihi

  3. Komen si nizniz :

    nombo 4 tu memang macam saya. mengaku je….

  4. Komen si -Ring 0- :

    aku suka simpan duit dr segi barangan..
    sebab aku ni tak boleh tengok duit ada sikit..
    so beri barang yang kalau pokai nanti boleh dijual..
    adakah betol cara aku menyimpan ni?
    adeh! Pening-pening

  5. Komen si nizniz :

    …so, ring yang bistari…agak agak pokai kang – jual la viva tu kat kak niz. sebelom pokai..makeup viva sebagus yang mungkin okey….

  6. Komen si n1010 :

    jika semua orang mahu jadi miskin
    akan amankah donia ini?

  7. Komen si n1010 :

    sila update kerana langsung tiada entry untuk bulan 5.
    saya sedih bangat

Awak nak cakap apa-apa?