21 Apr 2009keliru dalam hidup

Nak komen terus!

Hampir 3 minggu aku tidak ke secoret rasa. Ini semua gara-gara (5) tugasan + (3) pembentangan + (7) laporan penuh subjek² untuk semester ini. Lebih menarik, aku menulis dalam musim peperiksaan.

Isu aku – falasi.
Falasi adalah hujah² lemah, tidak jelas, tidak kongkrit atau hujah yang berbelit-belit.
Dalam hidup kita seharian juga tidak terlepas dari falasi.

Situasi I : Seorang isteri menuduh suaminya yang pulang lewat ke rumah.

Isteri: Abang ni, asyik balik lambat je.. Mesti ada pompuan lain..
Suami: Takde la.. Abang banyak keje. Kan da bagitau dalam sms tadi.
Isteri: Ade orang bagitau saya, die nampak abang ngan pompuan mane tah.
Suami: La, da namenye pegawai perkhidmatan pelanggan. Bukannya semua pelanggan abang tu laki.

Apa hujah sang isteri itu? Ada buktikah? Reliable kah sumber bukti itu?

Situasi II : Seorang hamba Allah nak membuang hajatnya di tepi sungai kerna sudah tidak tertahan lagi. Dalam hatinya, “Takpa, tak luak pon ayaq sungai ni. Satni ‘benda’ ni masuk dalam laut, ilang la..”
Pertimbangan demikian adalah kerana akal tidak sempat menimbang kewajaran tindakan. Harap maklum.

Situasi III : Rakyat Palestin adalah pemberontak. Israel adalah pihak yang menuntut hak.

Yang di atas itu cuma beberapa contoh biasa dalam kehidupan. Lalu, apa pula tindakan, pertimbangan atau respon kita pada falasi-falasi lain yang lebih berat, yang semakin berleluasa ini..? Akal yang masih mampu merasional, pancaindera yang 5 itu yang masih boleh digunakan. Teruskan kecelaruan dunia, atau bantu mengubah keadaan. Pilihan anda.

Pos berkaitan:

  1. rehat dan rawat – sambungan
Ditulis oleh yed pada pukul 00:49:34 Kategori : 一般 Tanda:
Awak boleh tinggalkan komen, atau trackback dari laman awak.

14 Komen

  1. Komen si nizniz :

    saya juga ada kala banyak membuat falasi. kadang-kadang Yed…apa yang didalam hati , amat payah nak diluah dalam lisan…. wujudlah “complicated” begitu juga pemahaman individu lain….aduhai…

    • Komen si yed :

      kadang kala tak perlu diluah. Mungkin juga bole diluah dalam bentuk gambar, lukisan. Seperti yang kamu slalu buat.
      Kita tak dapat nak penuhi hasrat semua orang.

  2. Komen si army4war :

    aku rasa falasi ni pun boleh berlaku bila kita serba salah.. penjelasan jadi kurang jelas, berbelit2, malas nk layan… dan berharap sipolan tak mintak explanation..

    ps-bila nak buat tajuk aku.. hehehe

  3. Komen si nizniz :

    tapi yed…kalau tidak diluah, bagaiman pihak lain boleh merasa dan paham apa yang berada diminda dan hati kamu?

    kalau tidak dirungkai – hanya biarkan ia tepu dalam akal – mampukan keadaan dapat diubah? – mampukah soalan mendapat jawaban? – mampukah si bengkok untuk diluruskan?

    rasa hati ini harus diluah. cuma luahan selalu tidak bergerak seiringan hati. jadilah falasi.

    ah! mau melukis lagi.

    • Komen si yed :

      kerana itu aku katakan ‘kadang kala’ bukan ‘selalu’..
      Kelak takut yang selalu diluah itu semuanya falasi..

      Lukisan juga memadai. Andai ada yang melatah, abaikan..

      // sudah penat dengan falasi..

  4. Komen si -Ring 0- :

    kadang kala falasi boleh juga memberi kebaikan..
    bukankah begitu wahai Yed

  5. Komen si niz :

    hujah² lemah, tidak jelas, tidak kongkrit atau hujah yang berbelit-belit – juga memberi kebaikkan. apa point awak Ring-O… cam best je kan…sila elob it…

  6. Komen si -Ring 0- :

    aku cuba menghuraikan.. jika salah sila betulkan

    Cth: Kerajaan menaikkan harga minyak disebabkan harga minyak dunia naik. Tetapi negara kita pengeluar minyak

    Disebabkan falasi ini terjadi kita mula mengatur langkah mencatu kewangan kita bagi menghadapi situasi ini. Secara tidak langsung proses pembelanjaan dapat dijimatkan. Jadi rakyat malaysia mula mempelajari cara menguruskan kewangan.

  7. Komen si nizniz :

    angguk. wah! besarnya modus operandit si Ring-O….jauh fikir naaaa….

  8. Komen si -Ring 0- :

    fikir secara logik membawa impak yang maksima kepada semua

  9. Komen si ImranAbdulJabar :

    sesuatu yang lemah itu tidak bermakna ianya terus ‘salah’…

    pernah dengar tentang ‘hunch’? atau ‘gerak-hati’?

    [,]

    kerana gerak-hati sang isteri, dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan perlakuan sang suami.

    sometimes you just know when you just know

Awak nak cakap apa-apa?