17 Mar 2009Padi dan lalang

Nak komen terus!

“Ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk,
jangan ikut resam lalang, makin berisi makin meninggi”

Pepatah ini mengajar kita supaya jangan sombong pabila ilmu penuh di dada, ataupun pabila sudah berada. Sifat sombong dan riak itu bukanlah sifat kita, tetapi sifat Dia. Kerna Dia miliki segala-galanya. Namun nukilanku ini bukanlah berunsurkan sifat sombong itu, tetapi menjurus kepada motivasi diri untuk menjadi lebih baik.

lalang
Gambar hiasan

Andai dibezakan yang manakah lebih baik, tentulah sang padi. Kerna ia sumber rezeki petani, sumber makanan manusia. Lalang? Ia hanya menyesakkan mata, tak lebih dari itu. Bagi padi, ia harus disemai, dibaja dan dituai sebelum kita menikmati kebaikannya. Lain pula halnya lalang, tumbuh melata, subur serata, tanpa dipinta.

Apa yang ingin kuperkatakan disini adalah hal-hal kebaikan hanya bole didapati jika dicari dan disemai, ia tidak datang begitu sahaja. Namun, hal-hal kejahatan ada di mana-mana, tanpa perlu dipinta, tanpa perlu disemai.

Dan, di mana kita?

  • Mencari kebaikan, mencari kejahatan.. atau
  • Mencari kebaikan, mengabaikan kejahatan.. atau
  • Mengabaikan kebaikan, mencari kejahatan.. atau
  • Mengabaikan kebaikan, mengabaikan kejahatan..

Tepuk dada, tanya akal…

Ditulis oleh yed pada pukul 06:47:54 Kategori : Yībān Tanda:
Awak boleh tinggalkan komen, atau trackback dari laman awak.

6 Komen

  1. Komen si nizniz :

    lalang juga ada gunanya…

  2. Komen si bluefrog© :

    tapi kan.. orang suke buat outdoor photoshoot kat lalang.. kan kan..
    jd lah lalang.. kerana lalang senang ikot kate.. tak mcm padi.. ikot musim die jek..
    heeeeee

  3. Komen si niz :

    aspek “boleh makan”. makan yg bagaimana. general. kalau makan yg ngap ngap tu..commom man…takyah yed letak “”….ofcourse-lah padi utk dimakan. sapa nak makan lalang kan. lembu la jawabnya…

    cuba kamu bentangkan besar sket aspek kamu itu. baru saya leh ungai soalan kamu tu.
    .

  4. Komen si mindapositif :

    scop motivasi yg boleh diambil melalui lalang
    1) lalang- badai kekuat F5 juga tak mampu mencabutkannya dr tanah sedangkan pokok besar semua tumbang.

    2) walaupun lalang terlengtok2 mengikut angin, adalah menjadi kesalahan mengikut ‘citarasa’ semasa. jika berbanding pokok besar yg kekal dgn pendiriannya akhirnya tumbang ke bumi. lalang yg terlentok2 itu terus kekal hidup n terus hidup. Lalang mengikut perkembangan semasa.

    jika anda berniaga..anda perlu mengikut arus semasa. takkanlah nak terus dgn pendirian yg sama dan menjual barang yg sama saban tahun. boleh rugi jika tak mengikut angin semasa.

    3) racunlah lalang.. ia tetap tumbuh.
    bakarlah lalang..ia tetap tumbuh. sifat melawan yg jarang ada pada sesiapa. Walaupun dicantas, ia tetap kembali hidup bersemangat.

    4) pergilah ke mana jua ceruk dunia ini. lalang adalah tumbuhan yg ada di mana2.
    ia mampu sesuaikan diri dengan keadaan cuaca n tanah.

    maksudnya, ia boleh menjadi motivasi kepada sesiapa shj yg ingin ke mana2 tanpa sekatan.

    5) Perhatikan lalang..setelah ditiup angin, benih dan bunganya berterbangan ke muka bumi yg lain. mencipta empayar yg baru.
    moralnya..walaupun kita cuma jadi suruhan, tetapi bila berpeluang mencipta peluang..kita akan dihormati jua.

    6) Bro lihat pada lalang…
    ia berada di paras yg sama..hampir sama tinggi kesemua daunnya. ia seolah2 sekumpulan yang tidak mementingkan diri sendiri..sama2 makan, sama2 bernafas..

    7) bro berani mencabuy lalang daripada tanah?
    berani nak mengharungi satu kawasan lalang n belukar.

    untuk melaluinya kena ada skill, sukar mencabutnya silap2 tangan ,tubuh kita yg luka n miang.

    8) jika semua org cakap lalang tiada pendirian..
    cuba lihat pada akarnya yang kukuh dan bersererak. bila kita mencabutnya, ia akan bergumpal dengan tanah2.
    tidak mudah mencabutnya.

    walaupun daunnya terlentok2 di tiup angin. lalang sebenarnya masih kekal di akar yg sama tidak berganjak dan senget.
    dia mengikut arus angin TETAPI masih berpijak/menghuni bumi yang sama.

    kekal di tempat yg sama bermaksud.. ia boleh diuji dengan apa jua halangan, cabaran n rintangan. tetapi tiada apapun yg membuatkannya goyah.

    Utk bro n pembaca yg lain. Kita lupa pada kejadian yang Allah jadikan, kita lbh suka berpegang pd peribahasa yg telah lapuk itu.
    Ingatlah, Allah mencipta sesuatu itu dengan kebaikan dan penuh hikmah-Nya. Pandanglah semuanya dari sudut yg baik n positif, InsyaAllah..Allah akan membantu kita semua.

Awak nak cakap apa-apa?